Monday, 12 December 2011

Cara-cara Menulis Karangan

  Sebelum murid-murid menulis karangan,guru hendaklah memberikan bimbingan cara-cara menulis karangan,iaitu mula-mula membaca tajuk karangan,kemudian memahami kehendak tajuk dan selepas itu memikirkan tiga perkara penting,iaitu :

  • Pengenalan
  • Isi karangan
  • Penutup

Menggunakan Bahan Ransangan

  Dalam Sukatan Bahasa Melayu KBSR dan KSSR,murid-murid dilatih supaya boleh menulis pelbagai jenis penulisan kreatif dan bukan kreatif.Penulisan kreatif terdiri daripada cerpen,puisi tradisional seperti pantun dan syair dan puisi moden terdiri daripada sajak.Penulisan bukan kreatif ialah penulisan karangan yang terdiri daripada karangan jenis surat kiriman,perbahasan,ucapan,laporan,pengalaman dan sebagainya.
  Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk melatih murid menulis karangan terdiri daripada tiga kategori,iaitu bahan-bahan bercetak,rakaman dan gambar.Bahan bercetak terdiri daripada sajak,lirik lagu,karangan bersifat pengembaraan,petikan cerpen dan novel.Bahan gambar boleh terdiri daripada bahan grafik seperti peta,carta,gambar,tunggal,gambar bersiri,poster,kartun dan jadual.Manakala bahan rakaman terdiri daripada perbualan,ceramah,deklamasi sajak dan sebagainya.

Kemahiran Mencari Isi

Apabila sesorang murid hendak mengarang,murid mestilah merancang dengan memberikan perhatian kepada perkara-perkara seperti yang berikut,iaitu :
  • Isi karangan,iaitu apa yang hendak diterangkan dalam karangan yang dipilih.Isi boleh terdiri daripada fakta dan maklumat termasuk data yang ingin dijelaskan kepada pembaca,dalam konteks ini guru bahasa Melayu/Malaysia.
  • Murid perlu menyusun isi mana yang perlu didahulukan dan isi yang mana perlu dikemudiankan.
  • Dalam setiap bahagian isi berapa banyak fakta yang hendak dihuraikan dan beberapa banyak contoh yang perlu dinyatakan.Seelok-eloknya tiga contoh.
  • Bagaimana hendak menyusun isi supaya jelas,kemas dan menepati tajuk karangan.
Dalam pengajran dan pembelajaran penulisan karangan antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah mencari isi-isi penting yang boleh diperoleh daripada aktiviti perbincangan,sumbang saran dan rujukan buku-buku,surat khabar dan majalah.Dengan cara ini isi karangan lebih tepat dan konkrit.Secara tidak langsung murid-murid dibimbing dalam kemahiran lain seperti cara membuat rujukan,cara menggunakan bahan-bahan di perpustakaan,melayari internet untuk meneroka maklumat melalui laman sesawang.

Teknik Mengajar Karangan

  Kemahiran mengarang melibatkan pelbagai aspek kemahiran yang lain yang berkaitan antara satu sama lain.Ini termasuklah mencari isi,merangka isi,menyusun isi dan menyampaikan atau mempersembahkan susunan dalam bentuk tulisan yang terang ,jelas,kemas dan menarik yang senang dibaca.Beberapa perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh guru semasa mengajarkan kemahiran menulis karangan,antaranya ialah kemahiran mencari isi,bahan-bahan ransangan dan memeriksa karangan.

Assalamualaikum dan salam perkenalan

Selamat datang kepada semua,..
terima kasih ...